Sunday, 6 May 2012

SIAPAKAH DI LUAR JENDELA

Petikan dari   muka surat 10 :-

        Perasaan Suria yang mula berdebar-debar terus memerhati
dengan kebimbangan.  Walaupun dia takut, rasa mahu tahunya
membuatkan dia terus memerhati.  Sesuatu mula bergerak-gerak
dari arah rimbunan daun-daun itu! Begitu tangkas bagaikan menuju
ke arah tingkap yang sedang terbuka!

        Kepala berambut panjang kerinting dengan seraut wajah kecil
 muncul.  Pada masa yang sama, bulan yang tadinya terlindung awan
 keluar menampakkan suasana samar pucat,  satu wajah dengan mata
 yang menggerunkan memandang tepat ke wajahnya! Perasaan takut
 menyerap ke jantung Suria yang terus berdebar-debar.  Makhluk itu
pasti akan masuk menyerangnya!



No comments:

Post a Comment