Petikan dari muka surat 52 :-
Kuning dapat melihat dengan lebih jelas lagi.
Tubuh-tubuh berbaringan di merata tempat di taman itu.
Di atas pelantar batu dan tanah kelihatan tubuh-tubuh
bergelimpangan. Perasaan takutnya datang. Tubuh-tubuh
itu umpama mayat! Dia perlu keluar dari situ.
Kuning merangkak bangun, terasa angin
menyentuh lembut. Tenaga yang ada pada dirinya
rasa lemah. Dia menggagahi seluruh tenaga supaya tubuhnya
terus bangun. Perlahan-lahan dia mula bergerak bagi
meninggalkan tempat itu.
Kuning menoleh kembali taman yang ditingalkannya.
bulat di belakangnya.
Di dalam cahaya kesamaran pucat itu, dia dapat melihat tubuh-tubuh yang bangun perlahan-lahan. Dia dapat mendengar sayup-sayup bunyi suara merintih.
Janji Puteri Beradu
Blog ini ditujukan pada pembaca yang telah membaca buku Janji Puteri Beradu. Ini adalah TERIMA KASIH saya buat semua dan yang baru melihatnya atau ingin membacanya ini adalah pengenalan kisah itu. Enjoy dan terima kasih semua
Sunday, 6 May 2012
SIAPAKAH DI LUAR JENDELA
Petikan dari muka surat 10 :-
Perasaan Suria yang mula berdebar-debar terus memerhati
dengan kebimbangan. Walaupun dia takut, rasa mahu tahunya
membuatkan dia terus memerhati. Sesuatu mula bergerak-gerak
dari arah rimbunan daun-daun itu! Begitu tangkas bagaikan menuju
ke arah tingkap yang sedang terbuka!
Kepala berambut panjang kerinting dengan seraut wajah kecil
muncul. Pada masa yang sama, bulan yang tadinya terlindung awan
keluar menampakkan suasana samar pucat, satu wajah dengan mata
yang menggerunkan memandang tepat ke wajahnya! Perasaan takut
menyerap ke jantung Suria yang terus berdebar-debar. Makhluk itu
pasti akan masuk menyerangnya!

Subscribe to:
Posts (Atom)